Dayve Rampas
Dayve Rampas
@dayverampas

Cerita Dooloo-Dooloo: Terlalu Kurus

Aku pernah ‘terlalu kurus’ (45kg dengan ketinggian 163cm). Orang lain bilang ‘Walking Skeleton’ (Tengkorak Berjalan) sebab terlalu kurus. Orang lain bilang aku tidak sihat, ada penyakit, ada Anorexia, ada Bulimia. Macam-macam gelaran diberi. Aku hanya tersenyum sebab tiada siapa tahu kenapa aku hilang berat badan secara mendadak – dari 58kg ke 45kg dalam masa 3 bulan sahaja. Amazing? Yes. It was really amazing!

Kenapa aku kurus? Aku tidak sakit cuma aku sakit hati bila ada yang gelar aku ‘babi’. Dia gelar aku ‘babi’ sebab badan dia tak macam badan aku – badan dia ‘Saiz S / M’. Aku terasa hina. Aku rasa seperti tiada harga diri. Aku tak makan ‘babi’ tapi percuma sahaja digelar ‘babi’. Perlukah manusia yang berbadan ‘Saiz L / XL / XXL’ itu disamakan dengan ‘babi’?

Bagaimana aku jadi kurus? Itu perkara yang senang. Simple. Aku cuma minum sup, minum jus buah, makan sayur, buat cardio workout (2 jam, 2 kali sehari). Aku jadi vegetarian – tak makan daging dan ikan (seafood). Aku buat jus sayuran yang memang tak ramai yang sanggup nak minum atau makan. Aku tak makan nasi. Aku tak keluar makan di KFC, Burger King, McDonald’s.

Tapi, bila aku kurus, tak macam ‘babi’. Aku diberi gelaran baharu – ‘Walking Skeleton’, ‘Plywood’, ‘Skinny’. Walaupun aku diberi gelaran sedemikian, aku buat bodoh, aku tak rasa sedih atau sakit hati. Kenapa? Sebab aku nampak orang itu pun ‘berhempas pulas’ buat workout. Katanya ‘Fit is the new skinny’.

Ada sesetengah manusia tak akan pernah berubah. Perlukah mau jadi kurus juga supaya tidak disamakan dengan ‘Babi’?

[ Posted on Facebook – 14 June 2019 ]

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *