Cerita Dooloo-Dooloo: Old Habits Die Hard

Orang putih bilang, “Old habits die hard”. Aku memang ada satu tabiat buruk yang orang tua aku sendiri tidak suka tengok. Tabiat yang sudah lama aku amalkan sebab dahulunya aku dimasukkan ke sekolah Cina. Di sanalah bermulanya tabiat buruk aku.
Aku bukanlah seorang yang pintar. Aku bukannya layak berada dalam golongan ‘Pelajar Harapan’ sebab aku adalah orang Dusun yang dimasukkan ke sekolah Cina. Dipendekkan cerita, aku ‘ditakdirkan’ berjumpa dengan guru-guru yang bertemankan ‘Rotan Panjang Berbunga’. Memang sakit bila hinggap di punggung atau di tapak tangan hinggakan kami satu kelas berpakat untuk mengenakan beberapa lapis seluar pendek untuk mengurangkan rasa pedih dirotan punggung. Tapak tangan? Gosok dengan pemadam untuk kurangkan rasa sakit.

Tabiat buruk aku cuma bermula masa aku berada di Darjah 5. Kalau dulu, Jabatan Pendidikan Negeri ada modul UPSR, kalau macam kami ini, memang malanglah nasib kami sebab Guru Bahasa Cina sememangnya ‘Kempetai’ atau ‘No Mercy’. Kalau hari ini diberi 100 soalan latihan, terpaksalah sampai ke tengah malam buat latihan. Kalau 50 soalan salah jawapannya, alamatnya terpaksa buat 500 pembetulan. 1 soalan yang salah terpaksa buat 10 kali. Kalau ayat itu panjang berjela-jela, terpaksa redha sahaja. Menangis air mata darah pun tak guna.

Bila aku sudah diberi situasi sedemikian rupa, memang terasa amat malang. Marah pun tak berguna, nak ‘blame’ ibu bapa sebab hantar masuk sekolah Cina pun tak akan selesaikan masalah. Apa solusinya? Terpaksalah buat kerja di mana sahaja yang aku boleh buat. Kalau dalam tandas ada meja pun, aku boleh buat. Kalau disuruh makan, memang aku bawa buku dan buat kerja sambil makan. Kononnya, masa itu ikan emas.

Tabiat buruk ini susah untuk diubah sebab sudah menunjang jauh ke dalam. Siapa sahaja yang pernah satu kelas, satu sekolah, satu kolej atau satu universiti dengan aku memang masak dengan tabiat buruk aku.

Mau disuruh ubah? Old habits die hard, bossku. 

[ Posted on Facebook @ 16 June 2019 ]

Dayve RampasDayve Rampas

Dayve Rampas

I am a graduate with a BA in Accountancy (Hons.), and have recently graduated with an MA in Business Administration (MBA). I'm currently taking a crash course Diploma in Financial Trading apart from being a candidate for PhD in Business Administration. I love make-ups so much that I took a Professional Diploma in Make-Up Artistry from a local make-up academy, and now, I am a certified professional make-up artist who has been travelling all over North Borneo to make people look prettier. I've been in this industry for nearly 5 years now and even have my own make-up team with my partners - Sylvia, and Janet. My blog started as a personal blog but then I gradually find that I enjoy writing reviews on products, and share my experience with other readers. Feel free to drop me a message, and you can always email me at dayverampas@gmail.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *