Uncategorized

Tiada Cuti

Bila Malaysia kalah, di sanalah banyak memaki pemain Malaysia.
Bagus jangan kasi umum dulu tu cuti kalau begini mentaliti Malaysians. Kita patut bersyukur Malaysia mampu ke final. Walaupun sekadar mampu berada di tempat kedua, memang tidak dinafikan pasukan kita harus memperbaiki kelemahan mereka. Bayangkan berapa banyak kos yang dibelanjakan untuk melatih pasukan badminton Malaysia untuk sampai ke tahap ini.
Yang kita ni pula, tau mengharap cuti saja. Bila tiada cuti, di sanalah ramai yang mengutuk sebab satu-satunya ayam tambatan terpaksa akur sama Jepun. Tapi, pernahkah kita fikir berapa banyak beza ranking Jepun dan Malaysia tadi? 25 & 66, ingat dekat kaitu ranking BWF? Berabis juga bah dia tu sampai jatuh tertiarap atas gelanggang. Ingat siok kaitu jatuh gitu? Try minta kawan ko tolak ko sampai ko jatuh tertiarap, ko rasa oren sadap stim stim atau sakit pedih pedih macam kana tukul tu tulang? Kita duduk-duduk di sofa saja dan tau lompat-lompat bila pihak lawan kena net or out. Yang tu pemain pula berhempas pulas di gelanggang perlawanan. Ya, sia nampak dan kamu nampak banyak kali kena net. Itu kelemahan dia, tapi bagilah bah tepukan sikit walaupun cuti tiada… By the way, berapa kalori kamu buang dengan sekadar berteriak?
Kalau bising sangat, pigi kasi train tu anak-anak kamurang atau kamurang sendiri pigi train to be next badminton players who will bring back the cup. Kalau you or your anak-anak kalah, korang rasalah apa perasaan yang pemain sekarang terpaksa hadapi bila diorang bermati-matian di gelanggang tapi bila tidak dapat bawa balik Cup, and tiada cuti, terus kana maki-maki di social media, di newspaper, di forum, etc. Punyalah sandi eh~ Fuuuhhh!
Memang siok dapat cuti tambahan tapi siok juga bah ingat balik pa mcm kita berteriak tadi… Berjam-jam juga teriak kan? Berbubut bubut tu point… Hahahahah!!! By the way, betulkah tweet PM pasal cuti sebab tiada dalam twitter PM pasal cuti pun… In other words, memang takda cuti dari awal lagi, sebab itu cuti hanya dibuat-buat oleh pihak tertentu… PM ada masa kah main Twitter? PA dia yang tolong tweet tu…

Want to get noticed by my visitors? Get your ads here for as low as US$15 for 3 months. Limited time only. Find out how you can get your ads to be featured here.