The Jesselton Girl Books: My Favourite December 2015 Books
Books Latest Life Where To Buy

Books: My Favourite December 2015 Books

Premium Blog WordPress Themes - EasyBlog Themes

Fuh! It has been busy weeks as I need to have my work done before Christmas. I’m aware that I almost abandon this little abode. I find a little space for me to write about a few books that I read recently. I recently bought a few Malay novels after my dearie friends suggested me to read Malay books because my Malay is getting suck. In fact, I rarely have time to spend time watching Malay dramas nowadays as I’m pretty busy juggling between works, and studies. Sendiri cari penyakit.

There are a few Malay novels that I’ve finished reading recently, and I’m actually trying to reach my Goodreads’ Book Challenge 2015. I still have about 20 more books to go. Yup! I need to reach my target before the clock strikes 12am on 1 January 2016. I’m not sure if I can do it, but I will try my best because my friend on Goodreads has challenged me to read 30 books this year. >.<

Anyway, today’s post is going to be the Malay novels which I have read recently. These are the books which I’d recommend you to read. You can get these books from the local bookstores, Lazada, or MPH Online. If you cannot wait for the books to reach you, then you should head to Popular bookstore as they are having Year-End Sale, with 25% discount on ALL BOOKS. Yes. ALL BOOKS!


The Jesselton Girl Books: My Favourite December 2015 Books

#1 – Tuan Anas Mikael

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Where To Buy Online? MPH Online | Lazada


#2 – Suami Aku Ustaz

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat? “Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.” Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia? “Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.” Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar? “Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.” Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Where To Buy Online? MPH Online | Lazada


The Jesselton Girl Books: My Favourite December 2015 Books

#3 – Hello, Mr. Perfect!

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama 6 bulan untuknya membuat keputusan. Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya, namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua. TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri. Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

Where To Buy Online? MPH Online


#4 – Awak Jealous, Ye?

Hidup sebatang kara setelah menjadi anak yatim piatu membuatkan Balqis mengambil keputusan untuk tinggal bersama mak longnya yang merupakan pembantu rumah di Kuala Lumpur. Pertemuan pertamanya dengan Faiz, anak sulung majikan mak longnya menanamkan rasa bencinya pada lelaki itu. Sikap ego, panas baran dan sombong Faiz benar-benar membuatkan dia naik menyampah dengan lelaki itu, tetapi sedaya upaya dia bersabar kerana mahu menjaga air muka mak longnya. Keadaan menjadi semakin buruk apabila dia terbuang kertas kerja Faiz ketika mengemas bilik bacaan lelaki itu. Dari situ bermulalah pelbagai insiden yang benar-benar menguji kesabarannya. Faiz, lelaki yang tak pernah percaya pada cinta. Cinta sejati tak pernah muncul dalam kamus hidupnya kerana pangkat, wang, rupa dan kedudukannya menjadi sumpahan untuk dia kenal erti keikhlasan dalam perhubungan. Dia dahagakan cinta sejati. Munculnya Balqis melahirkan satu perasaan aneh dalam hidupnya. Untuk menghilangkan perasaan itu, dia ‘menyeksa’ Balqis. Sikap Balqis yang kelam-kabut, naif dan baik hati itu membuatkan dia semakin seronok mengenakan gadis yang secara diamdiam telah mencuri hatinya. Luqman, adik kepada Faiz. Karakternya jauh berbeza daripada Faiz membuatkan Balqis senang berada bersamanya. Ditambah pula mereka berkongsi hobi yang sama. Perlahan-lahan Luqman rasakan keserasian lantas cintanya dihulurkan pada gadis idamannya itu. Antara Faiz dan Luqman. Siapakah yang berjaya menakluki hati Balqis? “Satu hari aku sedar, aku tersenyum tanpa sebab. Kemudian… barulah aku faham. Kau penyebabnya.”

Where To Buy Online? MPH Online


#5 – My Sewel Guy

Sewel? Itu fakta kurang sahih yang berlegar dalam fikiran Nur Dahlia. Kerana hati sudah menaruh harapan kepada Ridzwan, Dahlia ikutkan permintaan lelaki itu. Permintaan yang menyebabkan Dahlia mengenali Nasri Haikal. Lelaki sewel yang dianggap pelik untuk didekati. Bukan… Lelaki sewel yang menyakitkan hati! Lelaki sewel yang suka merenungnya dari bawah katil.
“Awak sengaja nak kacau saya ke?” – Nur Dahlia
“Aku ada kacau kau ke? Aku rasa… Aku tak ada sentuh kau langsung.” – Nasri Haikal
“Bukan kacau yang itu…” – Nur Dahlia
“Habis, kacau yang mana satu? Banyak kali ke aku kacau kau?” – Nasri Haikal
Bagi Nasri Haikal, Nur Dahlia gadis yang terpilih untuk menjadi pembantunya. Gadis tabah yang hadir pada saat yang paling diperlukan. Bahkan gadis itu dipanggil sidekick yang digelar Sweet Robin kerana membantu dirinya mencari makna kehidupan yang sebenar. Gadis yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan kemelut hidupnya.
“Baru bangun. Ada apa? Wait, kenapa awak simpan nombor saya lepas tu letak nama saya Sweet Robin?” – Nur Dahlia
“Okeylah tu. Sweet Robin. Kau nak aku letak apa?” – Nasri Haikal
“Letak ajelah nama saya. Tak payahlah letak nama Sweet Robin semua tu.” – Nur Dahlia
“Itu kan telefon aku.” – Nasri Haikal
Atas sebab status sidekick, Dahlia menganggap Nasri Haikal sekadar lelaki sewel yang perlu dibantu. Dia buta dalam melihat segala perbuatan Nasri Haikal yang cuba mendapatkan perhatiannya kerana hatinya pernah menaruh harapan kepada Ridzwan. Tapi, apabila Ridzwan mula mendekat,Dahlia merasai kehadiran lelaki sewel bernama Nasri Haikal.
“Kalau kau buka mata kau besar-besar, kau tentu nampak ada lelaki yang nak kahwin dengan kau.” – Nasri Haikal
“Dah… Dah buka besar-besar ni. Dekat mana lelaki tu? Dekat dalam kereta depan tu ke?” – Nur Dahlia
“Ni… Lelaki tu dekat sini.” – Nasri Haikal
“Mana? Awak ke?” – Nur Dahlia
Perlukah dia meletakkan cintanya kepada seorang lelaki sewel sekali gus menolak Ridzwan yang pernah berada dalam hati kecilnya? Setiap masa dan perbuatan Nasri Haikal… Takkan tidak pernah mencuit hatinya? Akan bahagiakah Dahlia jika menerima lelaki sewel idalam hidupnya?

Where To Buy Online? MPH Online | Lazada


#6 – Cik Cinderella dan Encik Tengku 

Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam! Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf. Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…

Dan dia hantar SMS…

Babe (Dia panggil aku babe.)

Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)

Lunch sama (Dia ajak.)

Okey (Aku nak.)

Kat mana (Dia tanya.)

Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.)

Okey cantikkk… (Dia setuju.)

Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel. Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?

Where To Buy Online? MPH Online | Lazada


#7 – VVIP Di Hatiku

Perigi mencari timba? Ya, itulah yang dilakukan oleh Airin Nadia dalam menjalankan misi untuk mendapatkan lelaki idamannya. Dia tidak kesah untuk memikul gelaran itu kerana jodoh perlu dicari, tidak boleh duduk diam. Jika dia tidak mulakan, sampai bila-bila pun lelaki idamannya itu tidak akan tahu isi hatinya.

“Fiq, boleh aku tunggu sampai kau balik?” – Airin Nadia
“Tunggu aku? Untuk apa?” – Fiqri Aiman
“Saja. Nak membazirkan masa.” – Airin Nadia
“Tunggulah. Insya­Allah it will worth for us.” – Fiqri Aiman

Namun, harapan dan penantian Airin Nadia musnah tatkala lelaki yang dicintainya itu kembali kepada kekasih lamanya, Syasya. Ketika itu pula, munculnya Tengku Haikal yang sangat menyayangi Airin Nadia. Dek rasa sedih dan kecewa dengan lelaki idamannya itu, Airin berusaha memberikan peluang kepada Tengku Haikal.

“Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?” – Tengku Haikal

Dua kali Tengku Haikal melamar Airin dan sebanyak kali itu jugalah hati Airin berbelah bahagi untuk menerima. Sehinggalah Airin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Melbourne, kota yang dihuni oleh cinta pertamanya. Dia tidak mampu membohongi diri sendiri dengan menciptakan alasan kedatangannya ke kota itu hanya untuk belajar, kerana hatinya itu masih bergetar walaupun hanya saat nama Fiqri Aiman disebut.

“Ya Allah. Rin, what are you doing here?” – Fiqri Aiman

Saat melihat Airin ketika itu, Fiqri benar‐benar terkejut. Airin juga begitu kerana dia tidak mengetahui bahawa Fiqri turut belajar di universiti yang sama dengannya. Pertemuan semula

Fiqri dan Airin berlaku tanpa dirancang. Mungkinkah pintu hati Fiqri akan terbuka untuknya?

Atau, selama‐lamanya dia hanya mampu bertepuk sebelah tangan?

Airin Nadia. Dia perlu memilih. Menerima cinta orang yang mencintainya setulus hati? Ataupun dia tetap akan mempertahankan cintanya yang tidak pernah berbalas?

Where To Buy Online? MPH Online | Lazada


#8 – Tersuka Tanpa Sengaja

Kali pertama mereka bertemu, Farhah dituduh mahu mencalarkan kereta Syed Arif. Tak cukup dengan itu, identitinya dicurigai.

“You pandang apa?” sergah Farhah. Dia juga sudah menutup bahagian dadanya mengunakan tangan. Syed Arif membeliakkan mata, tidak percaya dengan tindakan perempuan gedoboh tersebut.

“I tak selera pun nak pandang you. I’m just shocked that you are actually a girl dressed up like a boy.” Kali kedua bertemu, Farhah berdress meleret dengan high heel bagai. Tapi, encik Doktor tetap kutuk juga.

“You tanpa mekap sangat pucat. I boleh nampak hidung you ni agak kembang. Mata pun agak sepet.” – Doktor Syed Arif.

Sebab itu bila tiba-tiba Syed Arif ajak dia kahwin, Farhah memang tak percaya. Syed Arif tu kacak bukan main, mana nak sepadan dengan dia yang gedoboh itu. Walau di hatinya terbersit rasa indah tapi, dia harus sedar diri. Dia tak cantik dan kisah hidupnya tak seindah mana.

“I lebih suka lelaki yang nak kahwin dengan I sebab dia suka I, bukan sebab yang lain.” – Farhah

“Then.. make me fall in love with you. Seduce me.” – Doktor Syed Arif

Goda Syed Arif? Ingat itu kerja senang ke? Farhah tak pandai nak jadi perempuan gedik apatah lagi nak buat lelaki itu jatuh cinta.

“I tak akan sia-siakan you. Janganlah you fikir I ni macam hero-hero dalam novel. Asal kahwin tanpa rela saja, si isteri disia-siakan.” – Doktor Syed Arif.

Boleh percaya ke? Lebih-lebih lagi bila kekasih lama Syed Arif muncul kembali. Katrina Datuk Ahmad Alias tu cantiknya luar biasa. Kuat ke iman tuan doktor?

“Sebab dia, you curang, kan? Sebab dia, you lupakan I, kan? Memang dia ni perampas!” – Katrina.

“Farhah bukan perampas. I yang lamar Farhah jadi isteri I”- Doktor Syed Arif.

Mampukah Farhah tepis ‘langau’ tercantik abad ini dalam memenangi hati suami sendiri? Sedang dalam keluarga pun dia kalah dengan Katrina, inikan pula dengan ‘suami tanpa cinta’ itu.

Where To Buy Online? MPH Online


The Jesselton Girl Books: My Favourite December 2015 Books  #9 – Cinta Kau dan Aku

Novel kedua kepada penulis “Andai itu Takdirnya”

“Apa jadi driver? Hei, Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver,” marah Mak Timah.

“Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?” soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

“Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang.”

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Where To Buy Online? MPH Online


#10 – Miss You, Mr. Arrogant (Love You, Mr. Arrogant #2) 

ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki berlagak dan berhati dingin. Walaupun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kisah dia kekal sebegitu. Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka.

MARWAN NAKHAIE…lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Irham bimbang Zaara tertawan.

“Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu kasanova, playbuaya semua, ada tahu?” – IRHAM
“Isy, tak baik awak cakap macam tu. Awak tak percayakan pak su awak ke? Awak ingat sanggup ke pak su awak nak goda isteri anak saudara dia sendiri?” – ZAARA
“Saya bukan tak percayakan dia. Saya tak percayakan awak.” – IRHAM

Maka misi mengikat hati isterinya harus dilaksanakan demi menyelamatkan rumah tangganya walau dia terpaksa membuang segala egonya jauh ke dalam lombong. Dia harus mengubah dirinya daripada seorang Mr. Arrogant menjadi Mr. Gentleman. Ya, dia nekad!

“Bunga tadi awak yang hantar?” – ZAARA
“Of course.” – IRHAM
“Awak mister arrogant, bukan mister gentleman.” – ZAARA
“Saya dah jadi mister gentleman sekarang ni. Jangan nak panggil saya mister arrrogant lagi.” – IRHAM

ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kisah bersuamikan mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya? Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada Mr. Arrogant!

Where To Buy Online? MPH Online | Lazada

Kawaii Shop Modes4u.com

Dayve Rampas

I am a graduate with a BA in Accountancy (Hons.), and have recently graduated with an MA in Business Administration (MBA). I'm currently taking a crash course Diploma in Financial Trading apart from being a candidate for PhD in Business Administration. I love make-ups so much that I took a Professional Diploma in Make-Up Artistry from a local make-up academy, and now, I am a certified professional make-up artist who has been travelling all over North Borneo to make people look prettier. I've been in this industry for nearly 5 years now and even have my own make-up team with my partners - Sylvia, and Janet. My blog started as a personal blog but then I gradually find that I enjoy writing reviews on products, and share my experience with other readers. Feel free to drop me a message, and you can always email me at dayverampas@gmail.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *