Biz: Rahsia Menenangi Perolehan Kerajaan

Sekarang Anda Sudah Boleh Mendapat Kontrak Dari Pihak Kerajaan. Bagaimana Langkah dan Caranya Untuk Menjana Keuntungan Minimum RM20,000 Sebulan? Ini bukan satu yang mustahil! Dan tidak susah seperti yang anda sangkakan. Semua kemahiran dalam menyertai dan memenangi perolehan kerajaan atau juga dikenali sebagai kontrak kerajaan, sebutharga kerajaan dan tender kerajaan boleh dipelajari. 

Bersediakah anda untuk mengubah mentaliti? Realitinya sekarang ramai bakal kontraktor/usahawan dan kontraktor/usahawan di luar sana masih berpegang dan percaya kepada mentaliti – untuk menyertai perolehan kerajaan perlu “kabel” dan orang dalam, ini adalah TIDAK BETUL!

Bagi saya, kata-kata begitu hanya untuk menyedapkan hati mereka yang telah GAGAL dan tidak mahu berusaha untuk menambah ilmu dalam bidang ini. Ramai kontraktor/usahawan berfikir mereka telah tahu semua perkara dan mereka tiada masa untuk belajar dan mendengar pengalaman orang lain. Saya berharap anda tidak tergolong dalam usahawan/kontraktor seperti yang dinyatakan tadi dan jadilah usahawan/kontraktor yang sentiasa belajar dan menimba ilmu di mana sahaja serta dari siapa sahaja.

Apa yang anda perlu tahu?
Dalam ebook ini saya kongsikan dengan anda pengalaman, pemerhatian dan kajian selama 10 tahun tentang kesilapan-kesilapan kontraktor dalam menyertai perolehan kerajaan. Bagaimana strategi untuk mengatasi pesaing anda dalam penyediakan dokumen cadangan kepada kerajaan dalam merebut sebahagian dari peruntukan perbelanjaan kerajaan Malaysia sebanyak RM 273.9 Billion untuk tahun 2015.

Nama saya Khairul Nizam Bakar, saya adalah seorang kakitangan awam sepenuh-masa dan internet marketer separuh-masa. Saya telah berkhidmat selama lebih 10 tahun di beberapa jabatan dan berpengalaman luas dalam menguruskan, mengendali dan menilai perolehan kerajaan.

Sepanjang lebih 10 tahun ini, saya terlibat dalam lebih 250 perolehan kerajaan sama ada secara panjar wang runcit, pembelian terus, kontrak pusat, sebutharga dan tender. Jika dinilai dalam jumlah ringgit pula projek-projek yang telah saya uruskan dan nilai melebihi RM 700 juta. Saya juga telah menilai beratus-ratus dokumen cadangan teknikal dan kewangan dari penyebutharga/penender sepanjang tempoh tersebut.

Sepanjang menguruskan perolehan kerajaan, saya dapati banyak kelemahan pada syarikat yang baru untuk menjadi kontraktor kepada kerajaan terutama syarikat berstatus Bumiputera. Banyak yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan melanggar syarat perolehan kerajaan. Ada juga yang tidak memenuhi syarat bidang dan tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

Bagaimana belajar dari kesilapan orang lain?
Tidak kurang juga kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan oleh kontraktor berpengalaman, ada yang cuai dalam menyediakan dokumen cadangan teknikal atau kewangan. Ini menyebabkan dokumen mereka ditolak. Implikasinya dokumen tersebut tidak akan dinilai dan ini menyebabkan mereka kerugian akibat terlepas projek perolehan kerajaan yang bernilai berjuta-juta ringgit malah usaha yang mereka lakukan menjadi sia-sia.

Jadi, dengan niat ingin membantu kontraktor/usahawan saya mengambil inisiatif membuat kajian dan menyediakan rujukan bagi membantu kontraktor/usahawan dan bakal kontraktor/usahawan terutama Bumiputera, supaya tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh kontraktor/usahawan sebelum ini.

eBook ini juga satu jalan pintas agar anda dan syarikat anda tidak perlu melalui pengalaman bertahun-tahun untuk berjaya memperolehi perolehan kerajaan. Dari apa yang dikongsikan anda akan dapat menguasai perolehan kerajaan dengan lebih cepat dan dapat bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah lama dan berpengalaman dalam menyertai perolehan kerajaan. Menjimatkan masa!

Saya telah menghasilkan tiga buah ebook dalam niche perolehan kerajaan, ebook pertama adalah Rahsia Menang Sebutharga Kerajaan, kedua 30 Panduan : Perolehan Kerajaan dan ketiga 102 Persoalan Kontrak Kerajaan. Dari sambutan dan maklum bals yang baik dari para pembaca saya menghasilkan ebook ke empat ini.

Siapa yang perlukan ebook ini dan apa yang akan anda perolehi?
Memang tiada jalan pintas untuk sesuatu kejayaan, semuanya perlukan hasil usaha anda. Tetapi perlu ambil sesuatu dari pepatah ini,

“Orang yang pandai belajar dari pengalaman sendiri, tetapi orang yang bijaksana belajar dari pengalaman orang lain.”

Pengalaman itu menjadi lebih berharga lagi bila ia dikongsikan oleh orang dalam! Dengan menjadikan ebook ini sebagai rujukan ia adalah jalan pintas bagi anda kerana tidak perlu melalui bertahun-tahun pengalaman semata-mata untuk mempelajari selok belok perolehan kerajaan.

Sekarang saya akan dedahkan apa yang akan anda pelajari dari ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. eBook yang setebal 230 Muka surat ini mengandungi 7 Bahagian dan dipecahkan kepada 22 Bab bagi memudahkan anda membacanya.

Semua perkara yang perlu anda tahu, ada dalam ebook ini yang disusun dari perrancangan membuka perniagaan sehinggalah memasuki perolehan kerajaan dan memenanginya. Ini adalah maklumat dan panduan dari sumber dalaman, harganya? PRICELESS…
Pastikan anda mempraktikkan apa yang dikongsikan supaya beroleh hasil yang menguntungkan.

Saya Berminat Untuk Belajar Tentang Selok Belok Memenangi Perolehan Kerajaan. Bagaimana Nak Dapatkan eBook Ini?

Ya, Dapatkan ebook ini sebelum anda menyertai mana-mana perolehan kerajaan. Jika anda benar-benar mahu memenangi perolehan kerajaan yang disertai, jangan tunggu lagi kerana ebook inilah yang anda amat perlukan sekarang! Jadi dapatkan ebook ini sekarang juga, pada harga yang mampu anda miliki. Dapatkan tawaran hebat ini dengan segera kerana saya akan menaikkan harga ebook ini bila-bila masa saja. Ingat! Jika di lain masa anda ingin mendapatkan ebook ini, mungkin anda tak berpeluang lagi.

Saya pada bila-bila masa akan menaikkan harga ebook ini atau menutup terus jualan ebook ini. Jadi, BERTINDAK SEKARANG! Klik pautan ini sekarang.

Want to get noticed by my visitors? Get your ads here for as low as US$15 for 3 months. Limited time only. Find out how you can get your ads to be featured here.

Leave a Reply